salam

Thursday, March 24, 2011

UTHM Anjur Karnival Kerjaya 2011

Jabatan Kaunseling Dan Kerjaya, Pusat Pembangunan Dan Pengembangan Pelajar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan menganjurkan Karnival Kerjaya 2011 yang akan berlangsung pada 6 dan 7 April 2011 bertempat di Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII) dan Dewan Terbuka UTHM bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Karnival Kerjaya pada tahun ini membawakan tema Kerjaya : Cabaran dan Masa Depan. Karnival ini bakal dirasmikan oleh YBhg. Profesor Dato' Dr. Mohd. Noh Dalimin, Naib Canselor UTHM.


Antara objektif penganjuran karnival ini ialah menyebarluas informasi kepada mahasiswa dalam menghadapi cabaran dalam bidang sains dan teknologi dan juga keperluan pekerjaan pada abad ini melalui agensi-agensi yang   terlibat, merapatkan hubungan antara agensi kerajaan dan swasta dengan UTHM dalam memberi penerangan lanjut tentang kemudahan dan bantuan yang disediakan kepada mahasiswa apabila tamat pengajian, membina pemahaman di kalangan mahasiswa tentang persediaan yang perlu ada bagi menentukan hala tuju selepas bergelar graduan dan menyediakan jambatan untuk penerokaan hubungan awal antara pelajar dengan pihak industri dalam dunia kerjaya.

Terdapat pelbagai aktiviti yang bakal dijalankan antaranya ialah Seminar Kerjaya, Kempen Derma Darah, Temuduga, Pameran Kerjaya dan "Grooming Session".

Seluruh mahasiswa, warga UTHM dan orang awam di jemput hadir bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai kerjaya yang bakal dipilih. 

UTHM unggul dalam pertandingan robot 2011 Menjuarai Kategori ’Paintball Robot’

 Bangga dengan budak kelas saya :)


Sekumpulan pelajar kejuruteraan mekanikal yang cemerlang dari Fakuliti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan telah mencapai prestasi yang menakjubkan apabila berjaya mengharumkan nama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bila dinobatkan sebagai juara dalan kategori "Paintball Robot" di Malaysia University Robot Competitions (MURoC 2011).

Pertandingan tahunan itu telah dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dengan kerjasama dari pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bertempat di Dewan Wawasan 2020, Kangar, Perlis dari 25 hingga 27 Februari 2011. MURoC merangkumi tiga kategori iaitu "Paintball Robot", "Rope Climbing" dan "Fire Fighting". 

Di dalam upacara penutup, pasukan "Paintball Robot" dari UTHM telah dianugerahkan piala kejuaraan dan cek yang disampaikan oleh D.Y.T.M Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis. 

Terdapat sembilan pasukan dari IPTA dan IPTS yang mengambil bahagian dalam pertandingan Paint Ball. Pada hari pertama pertandingan, pasukan UTHM telah berjaya memenangi enam dari lapan perlawanan termasuk perlawan dengan juara bertahan, pasukan UPM. Keputusan ini telah melayakkan pasukan UTHM untuk ke spara akhir dan telah bertemu kembali dengan juara bertahan UPM. Selepas pertarungan sengit pasukan UTHM telah berjaya memperdaya pihak lawan dan menempah tiket ke perlawan akhir menentang tuan rumah, UniMAP. Dalam perlawanan akhir, pasukan UTHM telah berjaya merebut gelaran juara  dan menempa sejarah untuk UTHM. 

Ringkas dan mudah telah menjadi konsep utama dalam rekabentuk robot UTHM. Ianya mudah dipasang, tahan lasak dan mudah disenggara. Kebanyakkan komponen elektrik dan elektronik telah dibekalkan oleh Makmal Automasi Industri dan Makmal Robot, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP). Selain dari itu, Makmal Robotik, Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE) juga menyumbangkan khidmat kepakaran dan berkongsi komponen. Kerja fabrikasi telah dilakukan di Makmal Pemesinan Berkomputer, Makmal Pemesinan Termaju, Makmal Pemesinan Konvensional, FKMP. Semua kerja pembangunan telah dibantu oleh juruteknik makmal terlibat di bawah pemantauan rapi staf akademik. Adalah sesuatu yang boleh dibanggakan bahawa tiada masalah teknikal yang dihadapi sepanjang pertandingan berlangsung. 

Semangat kerja berpasukan dan kekuatan mental pelajar serta staf dari pelbagai bidang telah jelas terserlah semasa membuat persediaan untuk perlawanan. Pelajar hanya mengambil masa selama tiga bulan untuk menyiapkan rekabentuk, melakukan fabrikasi, pemasangan dan ujilari robot mereka. Pertandingan ini telah memberikan peluang keemasan kepada pelajar untuk memantapkan pengetahuan kejuruteraan yang telah dipelajari berserta kemahiran insaniah. Telah terbukti bahawa program akademik yang di bangunkan oleh ahli akedemik FKMP mempunyai nilai positif secara teori dan praktis. 

Dengan kemenangan ini telah menyuntik semangat kerjasama antara staf dan pelajar dalam mencapai kesempurnaan pengajaran dan pembelajaran serta meneroka pengetahuan dan teknologi baru dengan kebijaksanaan. 


Dikeluarkan oleh:

Shafry Salim
Pegawai Perhubungan Awam
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 

Thursday, March 17, 2011

SIEM UTHM Annual Grand Dinner 2011 Open for registration NOW!!

MEMO TAKLIMAT OBE


TAKLIMAT OBE UTK PELAJAR FKMP

Program ni diadakan pada 16 Mach 2011 jam 5 hingga 7 petang.. Taklimat OBE ni khusus utk semua student FKMP bg menerangkan mengenai apa itu OBE dan kebaikannya utk mencari pekerjaan selepas tamat blaja nnt.. Mula2 tu mmg mcm bosan.. haha.. tapi lama2, pkir2 blk, penting jugak.. tambahan pulak utk student yg brada dlm tahun akhir.. ( mcm saya la tu ).. huhu.. OBE ni adalah singkatan bg 'OUTCOME BASED EDUCATION' yg dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Akademik (CAD).. Taklimat penuh OBE ni disampaikan oleh Prof. Dr. Badrul Omar.. (lectrer saya tu.. hihi).. 

OBE  :  - Starting with a clear picture of what is important for student to be able to do
             - Organizing the curriculum, instruction & assessment.

Selain taklimat ni dijalankan, sesi komen or cadangan yg dibuat oleh student sendri pn ada dibuat sblm program ni tamat. Ramai jugak student yg brani bersuara ats masalah yg sering berlaku di kalangan kami.. Kat sini nk share skit gamba2 yg sempat disnap.. sory, quality gamba kurang..  ;-)

bookmark free yg dpt dr pihak UTHM tuk program ni


muka bosan.. haha!

sempat posing hilangkan bosan.. ;)

apela yg alin & azie senyumkan tu?? hmmm... ;)

peace no war by mr. magen.. hehe!

wakil MPP yg beri sedikit komen & cadangan

antara student yg mengemukakan beberapa masalah yg dihadapi

sakinah pn ade.. hehehe!

nabilah senyum sokmo!


Monday, March 14, 2011

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PJJ) PADA 12 DAN 13 MAC 2011


---PART 2---

Hai,.. Yg ni lak sambungan gamba tuk program pensiswazahan guru.. Tp x upload semua coz byk sgt.. huhu... Saya just upload gamba yg nmpk so happening & funny... Gambar2 ni adalah ihsan drpd main photographer kami, ANIP.. kredit to him! TQ so much Anip!! 
;-)

UTHM best!!



dah xde keje, watla benda ni.. ;-)


1 Malaysia!! hahaha!

echam sempat pose lg.. hihi! cayalaaa

walaupun keletihan, tp still boleh senyum.. peace! ;-)

3 dara pingitan.. ;-)


time to eat!

shida muka t'kejut.. ;-)

iley & fida

sempat posing!

atie & fida.. peace!  ;-)


like this shot! ;-)



menjeling-jeling.. hahaha! kredit to echam & izham

alamak! model air kotak yeos ke?? haha

adehhh... truknye muka aku.. hukhuk.. letih2..

like3! ;-)

echam bg penerangan skit ngn slh sorg cikgu.. still dlm pantang bersalin tu.. sian dia... 

like this pic!! ;-)

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU-GURU SEKOLAH (PJJ) PADA 12 DAN 13 MAC 2011

---PART 1---

Hai,

Kat sini saya nak share sikit suasana semasa program yang dijalankan selama dua ari ni.. Semua yg mendaftar daripada cikgu2 skolah rendah & menengah yg nk sambung degree partime (PJJ).. Macam2 krenah jugakla cikgu2 ni berbanding student2 biasa yg mendaftar.. Huhu.. Penat jugakla nak melayan, tapi seronok.. Terutama dpt mknan free lebih.. Hehe... Dah mcm makan kenduri.. Dapat lak geng2 MPP yg sporting morting yg join uruskan program ni.. Guru yg mendaftar lebih kurang 900, majoritinya dari guru skolah rendah.. Sampai xckup borang dibuatnye... Ade jgk cikgu skolah yg kenal.. Walaupun dah bertahun tinggal zaman skolah, tapi diorg still xlupa.. Syg cikgu!! Saya nk share skit gamba2 yg sempat di'snap' di kala kebosanan tuk hilangkan penat.. Tapi xsemua gamba saya upload dlm ni coz byk sgt.. 
;-)

like this pic! ;-)
time to breakfast!
main photographer
semasa taklimat
kusyuk
break for lunch!
keletihan... kesiannnnn... hihi...
good! good!
like this pic, tapi background spoil lak.. ahakksss
sejoli... ;)
mkanan tuk VIP
erkk! sakit tekak lak.. ;)
GAMBA NI IHSAN DRP PORTAL RASMI MPP ;-)
big boss keletihan.. kredit to echam.. huhu
gamba senget or org yg senget?? huuhuh
NICE! hasil keje kami sblm blk ;-)